MASALAH PEMBELAJARAN

      Kanak-kanak Sindrom Down

     Pengenalan

Sindrom Down berpunca daripada masalah yang disebabkan daripada masalah berlebihan kromosom. Dalam kebanyakan kes ia melibatkan kepada kecacatan dalam pasangan kromosom ke-21. Menurut kajian, ia berlaku dalam setiap 800 kelahiran. Akibat daripada Sindrom Down ini termasuklah terencat akal, masalah ringan dan perturuan dan perkembangan motor yang lambat. Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai tahap IQ yang rendah antara 30 hingga 80.

Selain itu, kromosom adalah merupakan serat-serat khusus yang terdapat didalam setiap sel didalam badan manusia dimana terdapat bahan-bahan genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang. Bayi normal dilahirkan dengan jumlah 46 kromosom (23 pasang) iaitu hanya sepasang kromosom 21 (2 kromosom 21). Sindrom Down yang kerap terjadi ialah disebabkan oleh kelebihan kromosom 21 dimana 3 kromosom 21 menjadikan jumlah kesemua kromosom ialah 47 kromosom. Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina (lelaki dan perempuan).

       Ciri-ciri Kanak-kanak Sindrom Down
Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri yang boleh dikenal pasti antaranya :
  • ·         Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutp rapat.
  • ·         Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung  untuk terjelir.
  • ·         Mata sentiasa berair dan merah serta terdapat lapisan kulit dalam mata.
  • ·         Mata sepet dan merah.
  • ·         Bebadan gempal dan pendek serta yang agak bongkok.
  • ·         Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan baik.
  • ·         Kepala lebih kecil daripada kebiasaan dan bahagian belakang kepala rata.
  • ·         Mulut kelihatan kecil dan bibir nipis.
  • ·         Bentuk leher lebih pendek
  • ·         Kaki dan tanggan pendek, tapak kaki lebar dan jari kaki pendek.

Rajah 1:Kanak-kanak Sindrom down

Mereka juga selalunya mengalami masalah kataraks mata, masalah jantung dan kecacatan usus. Sebelum ini, penghidap Sindrom Down kerap meningal dunia sebaik sahaja memasuki alam dewasa disebabkan oleh masalah-masalah yang dihadapi tetapi, kini dengan kemajuan perubatan mereka bole menjalani kehidupan yang sihat seperti individu normal. Kanak-kanak Sindrom Down memerlukan penjagaan  yang lebih rapi. Disebabkan oleh keadaan fizikal muka yang rata, mereka cenderung mengalami masalah penafasan dan sukar untuk makan. Mereka juga lemah dalam koordinasi mata dan otot dan kurang upaya meneroka persekitaran. Walau bagaimanapun dengan sokongan ibubapa dan penjaga mereka boleh dibimbing dan diasuh untuk berdikari dan menguasai kemahiran.

    Membantu kanak-kanak Sindrom Down bertutur

Kebanyakan kanak-kanak Sindrom Down lambat bertutur. Mereka wajar dibantu pada usia awal. Antara langkah perlu diambil:
  • Adakan kegiatan atau permainan bahasa yang dapat menarik perhatian mereka.
  • Cuba dapatkan perhatian sebelum bercakap dengan mereka.
  • Jangan terlalu banyak bertanya. Tunggu tindak-balas mereka dan beri mereka peluang menjawab.
  • Guna ayat pendek dan bahasa mudah difahami.
  • Sambil bertutur, buat aksi atau lakonan.
  • Latihan berterusan.
  • Pilih masa sesuai, terutama ketika mereka masih segar dan aktif.
  • Tumpu kepada satu perkara. Beri masa, peluang dan latihan sebelum beralih kepada latihan baru.
  • Guna setiap peluang, berinteraksi dengan mereka.
  • Selalu beri tindak-balas kepada setiap percakapan mereka.

Cara terbaik kanak-kanak SD mempelajari perkara baru, melalui boneka.
Pilih alat permainan sesuai tahap perkembangan kanak-kanak. Sedia bahan sampingan untuk permainan khayalan. Jangan terlalu memaksa mereka melakukan sesuatu. Boneka pilihan atau kesayangan, dapat dijadikan pendorong. Apabila kanak-kanak SD boleh bermain dengan alat permainan mudah, mereka boleh dibiarkan bermain sendirian. Jangan biar kanak-kanak SD bersendirian. Mereka perlu bergaul, memberi dan menerima tindak-balas daripada rakan.

       Kaedah Intervensi untuk Kanak-kanak Sindrom Down

           Pelbagai kaedah intrvensi awal yang boleh diikiuti kanak-kanak yang mengalami sindrom down untuk meningkatkan potensi dan kefungsian mereka. Yang pertama terapi pertuturan. Lazimnya alat artikulasi kanak-kanak sindrom down perlu dipastikan tidak mempunyai masalah untuk menjalankan terapi pertuturan. Terapi ini dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan kanak-kanak tersebut. Mereka akan diajar untuk mengeluarkan bunyi dari peti suara mengikut huruf-huruf yang  mudah dengan melaksanakan aktiviti permainan bahasa yang menarik. Guru pula perlu menarik perhatian kanak-kanak Sindrom Down sebelum bercakap dan tidak terlalu banyak bertanya.

          Dalam aktiviti pengajaran pula, guru perlu sentiasa menggunakan ayat pendek dan bahasa yang mudah difahami. Hal ini penting untuk meransang kanak-kanak Sindrom Down untuk belajar. Pendekatan melalui aksi dan lakonan juga boleh membantu mengotimumkan proses pembelajaran. Selain itu, segala aktiviti yang dilaksanakan tidak boleh secara berterusan dan bergantung pada masa yang sesuai iaitu ketika mereka masih segar dan aktif. Guru juga perlu menumpukan satu pengajaran sahaja dalam satu-satu masa supaya murid diberi masa untuk memahami isi pengajaran tersebut. Peluang untuk berinteraksi dengan kanak-kanak Sindrom Down iuga perlu diaplikasikan dengan memberi tindak balas terhadap setiap percakapan mereka.

         Selain itu, terapi cara kerja merupakan satu kaedah yang digunakan untuk membantu kanak-kanak Sindrom Down. Kaedah  ini digunakan dengan melatih kanak-kanak ini dari segi kemahiran pergerakan motor, pengurusan diri dan sebagainya. Kanak-kanak ini diajar cara-cara untuk makan, minum, melompat, belari, berjalan, mengesot, mengiring, memakai pakaian, meniarap, menyanyi, menari dan sebagainya. Latihan pergerakan motor kasar dan halus dilakukan berbeza. Pergerakan motor kasar dibuat dengan menggunakan alatan yang besar seperti  penggunanan bola untuk melihat kemahiran mereka dalam membaling dan menangkap bola, bersukan, dan sebagainya. Pergerakan motor halus pula dilaksanakan dengan menggunakan alatan yanag halus dan kecil seperti memasukkan benang ke dalam jarum, menggunting kertas, membuat bahan kraftangan, melukis lukisan yang mudah, melorek dan menyusun bongkah dan sebaginya.

1 comment:

  1. lily lau boleh letak la rujukan bg setiap info yg di update t visiter senang nak tgk maklumat yg selanjutnya
    hehehhehe

    ReplyDelete