Friday 29 November 2013

Bahan 3 Dimensi



Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini.


Kelebihan Bahan 3D

  1. Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar.
  1. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar.
  1. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik
  1. Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu.
  1. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan.
  1. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain.
  1. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep pembelajaran melalui penyelidikan.

Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat Bantu mengajar antara lain termasuklah :
• Realia
• Model
• Diorama
• Akuarium dan terrarium
• Boneka
• ‘Mobile'
• Topeng



Realia


Realia adalah bahan-bahan yang sebenarnya dan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:

(a) Realia Asli

Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti cacing tanah, belalang dan sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang kaku (bukan hidup) seperti mesin, jentera dan lain-lain.



(b) Realia Awet


Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Contoh, ikan dan serangga.



(c) Spesimen



Ini merupakan sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau cirri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Biasanya spesimen didapati sebagai bentuk bahan awetan. Contohnya Kutu Daun dan udang.

Selain itu, bahan-bahan hidup seperti daun boleh digunakan sebagai spesimen untuk menunjukan sifat-sifat am suatu kumpulan tumbuhan.



Model

Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin dan getah.
Beberapa pecahan jenis model:

(a) Model Berskala

Model berskala ialah model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran atau pengecilan tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal.
Contohnya keretapi dan kapal terbang.




(b) Model Olok-olok

Model olok-olok merupakan model yang diubahsuai daripada rupa bentuk benda yang sebenarnya, untuk menunjukan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal itu.Biasanya model olok-olok ini dibuat lebih besar daripada keadaan asal tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukkan keadaan asal yang sebenarnya.


Contoh: model enjin keretapi dan neraca.



(c) Model Keratan Rentas

Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu pada satu benda, untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut. Keratan rselalunya digunakan dengan lebih meluas dalam matapelajaran Sains, Contoh keratan rentas daun atau kulit manusia



Diorama

Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Kebanyakan diorama dapat dilihat di dalam muzium yang mempamerkan pemandangan-pemandangan atau keadaan semasa zaman silam.
Guru boleh menggunakan diorama untuk pengajaran tertentu di dalam bilik darjah seperti matapelajaran Kajian Tempatan, Sains dan sebagainya.
Diorama boleh dihasilkan dengan mudah, Murid boleh digalakkan membuat projek dengan menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polisterin dan bahan-bahan buangan lain



Akuarium dan Terrarium
Akuarium ialah tempat untuk memelihara hidupan dalam air sementara Terrarium pula ialah tempat untuk memelihara hidupan kecil atas tanah.
Akuarium boleh disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca ataupun balang-balang plastik. Ikan tropika boleh dipelihara di dalam akuarium tersebut


Terrarium

Terrarium boleh digunakan untuk memelihara haiwan-haiwan kecil seperti mengkarung, kura-kura kecil, katak dan reptilia-reptilia kecil yang tidak berbahaya. Kotak-kotak kecil bertutup boleh digunakan sebagai terrarium.



Boneka atau Patung

Boneka boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan terutama untuk pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral. Beberapa jenis boneka boleh dihasikan untuk kegunaan guru termasuklah;

(a) Boneka sarung Tangan
(b) Boneka Lidi
(c) BonekaKulit
(d) Wayang Kulit
(e) Boneka Bertali



Boneka Sarung Tangan

Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.



Boneka Lidi

Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut.



Wayang Kulit

Rupa bentuk Boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka.
Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.


Boneka Bertali

Boneka Bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.



Topeng

Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan papier mach. Topeng amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan dalam mata pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral.

2 comments:

  1. Lily cantik blog awok ....
    keep it up n jgn lupa komen blog kte pula
    hehehhehe
    perkongsian yg menarik
    topeng hujung belah kanan tu mcm sye ;)

    ReplyDelete
  2. geram betul dengan cursor hello kitty awok ni lily..payah bebenor nak klik apa2...
    tapi tapi tapi..blog awok cantik,info2 awok pun menarik..tahniah kawan :)

    ReplyDelete